Sabtu, 6 Julai 2013





Berdasarkan pengalaman yang sedikit dalam penggunaan sistem operasi (OS), saya mendapati ada banyak sebab mengapa anda perlu mencuba sistem operasi ubuntu untuk kompoter anda setidak-tidaknya dengan membuat dual boot bersama windows.

Antara faedah mengunakan linux : Jika anda memasang

1. Keselamatan tinggi : Linux bukanlah kebal virus 100%. Cuma setakat ini tidak ada lagi virus yang dapat menapak dan menyebar dengan kukuh.

2. Free : Pengguna ubuntu mendapat sokongan open source yang menjanjikan software dan update terkini yang free, selamat dan mutu yang setanding software berbayar. Tidak perlu lagi terus menggunakan windows 7 cetak rompak yang selalunya dibayangi oleh masalah keberkatan, menggunakan software yang di"crack" yang (oleh kerana tidak berkat selalu dimasuki virus?) tidak boleh diupdate, crack yang selalu mengandungi virus dan spyware, perisian berbayar yang cekik darah dan sebagainya.

3. Driver tersedia : jika anda memasang semula windows anda perlukan RESOURCE DVD atau software Driver Pack Solution untuk memasang driver. Untuk linux tak perlu semua tu.

4. Software windows tanpa windows : Masih boleh menggunakan software windows di dalam ubuntu menggunakan wine, virtual box, dan sebagainya.

5. Perisian dan Permainan Percuma : Tak perlu lagi susah payah mencari. Ambil contoh Ubuntu yang mempunyai Ubuntu Software Center (USC). Sangat mudah. Anda cuma perlu membuka USC, lakukan sedikit klik dan siap! Perisian yang anda mahu sudah pun dipasangkan pada komputer anda.

6. 3D Desktop : Ubuntu telah dilengkapi dengan compiz fusion iaitu software untuk desktop effect yang membolehkan desktop anda beraksi hebat (bagi komputer yang memiliki grafik card yang laju), 3D desktop, wobbly windows, dan bermacam lagi effect yang mengiurkan. Lihat dalam video di bawah.




0 ulasan:

Catat Ulasan